Pemupukan Pemupukan Etika Dalam Perubatan Nabawi Berdasarkan Bab 1-8, Kitāb al-Ṭibb, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī

  • Thuraya Ahmad USM
  • Muhamad Rafiqi Hazim Rahmat
Keywords: Hadis, Pemupukan Etika, Perubatan Nabawi, Kitāb al-Ṭibb, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī

Abstract

Sebagai melahirkan golongan profesional bidang kesihatan yang mengikut etika Islam, beberapa penyelidikan kontemporari mengemukakan kaedah bagi menyepadukan nilai agama dengan amalan kerja kelompok tersebut. Hakikatnya, nas-nas berkaitan Perubatan Nabawi telah mengandungi pemupukan etika yang mendidik pengamal perubatan, tetapi tidak diberikan sorotan. Bertujuan memaparkan pemupukan etika yang telah disepadukan dalam Perubatan Nabawi, kajian ini memilih untuk berfokus kepada Kitāb al-Ṭibb dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (KṬṢB). Bersesuaian dengan ruang yang terhad, kajian ini hanya menumpukan kepada bab-bab 1-8 daripada KṬṢB. Penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan untuk pengumpulan data, yang kemudiannya diimbas melalui analisis kandungan. Maklumat pemupukan etika daripada bab-bab tersebut sebagai sumber utama dijelaskan dan disokong oleh sumber-sumber lain dalam bidang hadis serta bidang lain yang berkaitan. Hasilnya, kajian ini berjaya mengumpul 8 hadis yang berkaitan daripada skop yang dipilih. Ia mendapati bahawa bentuk pemupukan etika yang ditanamkan dalam Perubatan Nabawi ialah; keyakinan yang teguh kepada petunjuk Allah SWT, pengiktirafan kepada peranan wanita, berusaha menyediakan keselesaan kepada pesakit, mengutamakan kaedah pengubatan yang paling mujarab dan sesuai, serta menyumbang kepada kelangsungan ilmu perubatan. Ia terkandung dalam nas-nas hadis berkenaan dan bukan diintegrasikan daripada nas atau prinsip lain. Bentuk-bentuk pemupukan etika ini wajar diterapkan bagi melahirkan golongan pengamal perubatan beragama Islam yang berdedikasi. Penyelidikan akan datang disarankan meninjau pemupukan etika dalam bab-bab seterusnya bagi Kitāb al-Ṭibb sama ada dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī atau sumber hadis lain yang autentik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

al-Quran al-Karim.
‘Abd al-Hādī, ‘A. ‘A. (1987). Turuq Takhrīj ḥadīth Rasūlillāh ṣallā alLāh ‘alayh wa sallam. Kaherah: Dār al-`I’tiṣām.
Ibn al-Athīr al-Jazarī, M. M. (2010). al-Nihāyat fī gharīb al-ḥadīth wa al-athar. Dar al-Kotob Al-ilmiyah.
al-‘Aynī, M. A. M. (2009). ‘Umdat al-Qārī sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. ‘Umar, ‘A. M. M. (ed.). Beirut: Dar Al-Kotob Al-ilmiyah.
Ibn Baṭṭāl, ‘A. K. ‘A. (2016). Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Ibrāhīm, Y. (ed.). Riyadh: Maktabat al-Rushd.
al-Bukhārī, M. I. (2000). al-Ṣaḥīḥ. Dalam S. ‘A. Ᾱl al-Shaykh (ed.), Mawsū’at al-ḥadīth al-sharīf: al-Kutub al-sittah. Riyadh: Darussalam. 1-670.
Dahamsheh, K. (2024). Medical ethical issues, an Islamic perspective. Clinical journal of nursing care and practice. 8(1), 1-6. DOI: 10.29328/journal.cjncp.1001050
Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī, A. ‘A. M. (2013). Fatḥ al-Bārī bi sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Kaherah: al-Dār al-‘Ālamiyyat li al-Nashr wa al-Tawzī’.
Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī, A. ‘A. M. (2004). Taqrīb al-tahdhīb. Ṣ. ‘Abd al-Mawjūd (Ed.). Mansoura: Dār Ibn Rajab.
al-Ḥamawī, Y. ‘A. (t.t.). Mu’jam al-buldān. Beirut: Dār Ṣādir.
Ibrahim, N. & Ahmad Shah, F. (2020). Prophetic medicine in Malay manuscript: A brief study on the 19th century Kitab Ṭib. Jurnal Hadis. 10(19), 454-464.
Jamilah, J. A., Ahmad Najib, A. A., Dzulkhairi, M. R. A., Ariff, H. O. B, Nasri Ismail, N. M. (2014). Integration of Islamic input in medical curriculum – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) experience. International medical journal Malaysia. 13(2), 73-77.
al-Khaṭṭābī, Ḥ M. (1406H). A’lām al-ḥadīth fī sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Āl al-Sa’ūd, M. S. ‘A. (Ed.). Mekah: Umm Al-Qura University.
al-Kirmānī, M. Y. ‘A. (2010). al-Bukhārī bi sharḥ al-Kirmānī. Beirut: Dar El Fikr
al-Kūrānī, A. I. ‘A. (2012). al-Kawthar al-jārī ilā riyāḍ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. al-Aḥmad, M. R. (ed.). Beirut: Dar Al-Kotob Al-ilmiyah.
Mahmood, M. A., Mohd Yusuf, N. Saidi, S. & Che Ahmad, A. (2023). The integration of Islamic values in daily clinical practice among healthcare professionals: A scoping review. International medical journal Malaysia. 22(3), 33-40. DOI: 10.31436/imjm.v22i3
Miyawaki, A., Jena, A. B. & Tsugawa, Y. (2024). Comparison of hospital mortality and readmission rates by physician and patient sex. Annals of internal medicine. 177(5). DOI: 10.7326/M23-3163.
Ibn al-Mulaqqin al-Anṣārī, ‘U. ‘A. A. (2008). al-Tawḍīḥ li sharḥ al-Jāmi’ al-Ṣaḥīḥ. Dār al-Falāḥ (ed.). Doha: Ministry of Endowments and Islamic Affairs.
al-Nawawī, Y. S. M. (2016). Al-Minhāj sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim ibn al-Ḥajjāj. Shīḥā, K. M. (ed.). Beirut: Dār al-Ma’rifah.
al-Naysābūrī, M. Ḥ. (2000). ‘al-Ṣaḥīḥ’. dalam Ᾱl al-Shaykh, S. ‘A. (ed.). Mawsū’at al-ḥadīth al-sharīf: al-Kutub al-Sittah. Riyadh: Darussalam.
al-Qasṭalānī, A. M. (2018). Irshād al-sārī li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Damshik, Beirut & Istanbul: Dār al-Ghawthānī li al-Dirāsāt al-Qur`āniyyah.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, M. A. (1997). Zād al-ma’ād fī hady khayr al-‘ibād. Mu`assasat al-Risālah.
Al-Sammarraiei, H. W. M. & Khaleel, Z. I. (2022). Women and the history of the development of the medical profession from the pre-Islamic era to the modern era. Journal of scientific development for studies and research. 3(11), 48-61, The Academy of Creativity Sama.
al-Zamakhsharī, M. 'U. (1996). al-Fā`iq fī gharīb al-ḥadīth. Beirut: Dar Al-Kotob Al-ilmiyah.
Published
2025-11-25
How to Cite
Ahmad, T., & Rahmat, M. R. H. (2025). Pemupukan Pemupukan Etika Dalam Perubatan Nabawi Berdasarkan Bab 1-8, Kitāb al-Ṭibb, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. HADIS, 15(30), 57-67. https://doi.org/10.53840/hadis.v15i30.312
Section
Bahasa Melayu