Salasilah Sanad Kitab Sahih Muslim Tokoh Hadith Kontemporari Sheikh Nur Al-Din ‘Itr (1937-2020m): Tumpuan Jalur Nusantara

  • Farhah Zaidar Mohamed Ramli KUIS
  • Abdul Hadi Awang Universiti Islam Selangor
Keywords: Sheikh Nur al-Din ‘Itr, salasilah, sanad, ijazah, Sahih Muslim.

Abstract

Sheikh Nur al-Din ‘Itr (1937-2020M) merupakan tokoh  ulama hadis lagenda abad ke 21 Masihi. Komitmen serta dedikasi mendalam beliau terhadap empat aspek penglibatan iaitu pengajian, pengajaran, penulisan dan pentahkikan telah menjulang kemasyhuran beliau sebagai sarjana hadis kontemporari yang sukar dicari ganti. Dalam aspek pengajian, beliau memiliki sejumlah guru dan murid pengajian yang terlibat dalam kegiatan memberi dan menerima ijazah periwayatan salasilah sanad kitab-kitab turath hadis yang utama seperti kutub al-sittah dan lain-lain lagi. Namun salasilah yang tersebar menerusi aplikasi ijazah tersebut sulit disusurgalurkan semula terutama dalam konteks jalur nusantara kecuali ia terpelihara dalam bentuk dokumentasi karya thabat. Justeru makalah ini bertujuan untuk meneliti satu sampel dokumentasi salasilah sanad beliau yang berkesinambungan sehingga sampai kepada pengarang kitab Sahih Muslim sahaja. Sampel langka ini dipilih khusus menerusi jalur yang berkesinambungan dengan musnid nusantara iaitu Sheikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati sebagaiman termaktub dalam karya thabatnya yang berjudul Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh. Data kajian dikumpul menerusi analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif membabitkan latar belakang tokoh, guru ijazah, murid ijazah hadis nusantara dan sampel salasilah Sahih Muslim nusantara. Perbincangan kajian dispesifikasikan kepada peranan ulama hadis terhadap penjagaan salasilah, penghasilan karya jenis thabat dan mekanisme ijazah hadis. Implikasi daripada penemuan kajian menunjukkan ulama hadis setiap abad termasuk  tokoh dan murid nusantaranya tersebut telah menunjukkan keprihatian yang diperlukan untuk berusaha mempraktikkan ijazah atas tujuan memelihara kesinambungan salasilah kitab turath hadis serta mendokumentasikannya secara sistematik dan terperinci dalam karya thabat

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abd al-Fattah, A. B. (1992). Al-Isnad min al-Din. Beirut: Dar al-Qalam.
‘Abd ‘Aziz (t.th.). Juhud al-Duktur Nur al-Din ‘Itr fi Khidmah al-Sunnah al-Nabawiyyah. https://islamsyria.com diakses pada 24 April 2025.
Abu Muhammad ‘Ala’ al-Din, (t.th). ‘Ilam al-Talabah al-Najihin fima ‘ala min Asanid al-Shaykh ‘Abd Allah Siraj al-Din. Halab: Dar al-Qalam al-‘Arabi.
Anon. (t.th). Gambar al-Shaykh ‘Abd Allah Siraj al-Din al-Hanafi. https://www.srajalden.com diakses pada 23 April 2025.
Anon. (t.th). Gambar Sheikh Nur al-Din ‘Itr (1937-2020M). https://www.odabasham.net diakses pada 23 April 2025.
Anon. (t.th). Gambar Sheikh Muhammad Najib bin Muhammad bin Yusuf Siraj al-Din al-Hussyani al-Halabi (Bapa Sheikh ‘Abd Allah Siraj al-Din) https://www.islamsyria.com diakses pada 25 April 2025.
Al-Fadani, M.Y.I.( 2008). Al-Maslak al-Jaliyy fi Asanid Muhammad ‘Ali bin Hussayn bin Ibrahim al-Maliki al-Makki. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
Al-Fadani, M.Y.I. (1983). Ithaf al-Bardah bi Asanid al-Kutub al-Hadithiyyah al-‘Asharah. Syiria: Dar al-Basa’ir.
Farhah Zaidar M. R. (2023). Salasilah Sanad Kitab Turath Hadis dalam al-Athbat wa al-Masanid (AWM) Nusantara: Analisis Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh Karya al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati (1980-2020M). HADIS Journal in Hadith Studies. Vol. 13. No. 25 (2023), hlm 28-45.
Al-Ghamidi, D. S. H. (2008). Al-Wijazah fi al-Athbat wa a-Ijazah. Beirut: Dar Qurtubah.
M. Husni, Ginting al-Langkati al-Azhari. (t.th.). Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh. T.tp: Dar al-Turki li al-Tiba‘ah
Al-Mar‘ashli, Y. ‘A. (2002). Mu‘jam al-ma‘ajim wa al-mashyakhat wa al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktabah al-Rushd.
Nur al-Din ‘Itr. (1992). Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith. Damshiq: Dar al-Fikr.
Al-Nushwiqati & al-Mansur. (2015). Thabat Asanid al-‘Allamah al-Muhaddith al-Duktur Nur al-Din ‘Itr. Damshiq: al-Siddiq li al-‘Ulum.
Published
2025-12-17
How to Cite
Mohamed Ramli, F. Z., & Awang, A. H. (2025). Salasilah Sanad Kitab Sahih Muslim Tokoh Hadith Kontemporari Sheikh Nur Al-Din ‘Itr (1937-2020m): Tumpuan Jalur Nusantara. HADIS, 15(30), 85-95. https://doi.org/10.53840/hadis.v15i30.306
Section
Bahasa Melayu